Click here for Myspace Layouts

Thursday 7 April 2011

Lawak

Lawak 1:
Seorang guru PJ muda sedang mengendalikan kelas PJK di sebuah gelanggang bola keranjang. Guru itu meminta muridnya berlari setempat untuk memanaskan badan.
Guru: Ok. . semua murid berlari setempat, kira satu, dua, tiga ….
Murid: Bila nak berhenti cikgu?
Guru: Buat sehingga berkentut!!!
Murid: ????????
Lawak 2:
Di dalam sebuah kelas di sekolah tadika, cikgu Milah sedang mengajar muridnya tentang operasi tolak.
Cikgu: Ambil batu sebanyak 5 biji, kemudian buang 2 biji. Sekarang tinggal?
Murid: Dengan menjerit2 …. TIGA cikgu!
Cikgu: Wah, murid cikgu pandai2 ya…., kenapa pula kamu masam Jali?
Jali: Ayah saya cakap, kita tak boleh buang batu…. berdosa!
Cikgu: Pelik, kenapa pula?
Jali: Ayah saya kata, kalau buang …….. mannnnndul cikgu.
Lawak 3:
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid2nya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah
hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid2: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah….. macam2 ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu…. tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah Mamat kerja apa?
Murid2: PENGGALI KUBUUUUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
Lawak 4:
Di sebuah wad CCU (HUSM), suasana menjadi kelam-kabut. Pesakit di katil no. 22 tenat. Beberapa orang doktor berkejar ke katil itu. Sanak-saudaranya pula, ada yang menangis, membaca kitab suci dan ada yang berdoa…….
Doktor: Minta jauh sikit, saya nak periksa!
Ibu: Tolonglah doktor, dia masih muda lagi ….
Doktor 2: Sabarlah, kita akan cuba sehabis daya …….hanya,….
Tiba-tiba, Amin menggenggam tangan ibunya dengan erat sebelum, sebelum…,  menghembuskan ………. nafasnya… yang KEDUUUUUAA!!!!!!
Doktor: … belum mati lagi lah tu!
Lawak 5:
Suatu pagi di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Terengganu… Datang seorang Pak Cik tua bertanyakan seorang pegawai kesihatan yang sedang bertugas.
Pak Cik:  Assalamualaikum, encik di sinikah tempat pelajar baru mendaftar?
Pegawai: Ya, kenapa? Anak Pak Cik sudah mendaftar?
Pak Cik: Belum, tapi kenapa semua orang pakai topeng?
Pegawai: (Dengan selamba menjawab) Nak elakkan wabak selesema babi.
Pak Cik: Masya-Allah !  Banyak ke babi kat sini yang selesema?
Pegawai: ?????
Pak Cik:  … (merungut)..kat ‘U’ pun ada babi?
Lawak 6:
Di sebuah tempat sekatan jalan raya, beberapa orang polis sedang asyik membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal.
Polis 1 : Encik, mana lesen?
Penunggang motosikal  : Alamak, lesen saya dah mati!
Polis 2  : Kalu mati, guane dok tanang kubur?
Penunggang motosikal  : Polis ni aku tampor kang?  ( dalam hati )
Polis 1  : Pah, deme nok gi mane?
Penunggang motosikal  : gi Kuale Berang.
Polis 2  : Wak mende mu gi Kuale Berang?
Penunggang motosikal  : Nok gi zirah orang mati!
Polis 1  : Pah, nok gi guane leseng mandu mati?
(cerita belum abis)
Lawak 7:
Suatu malam di dalam sebuah bas Transnasional dari Hentian Putra menuju Kota Bharu, siri Terjah telah merakamkan perbualan dua orang insan…..
Insan 1 : (menguap).. Ahhh, lama lagikah kita nak sampai? I dah boring amat ni! Auuu
Insan 2 : Entah, I rasa pun macam you jugak, bosan, tak ada apa boleh dibuat.
Insan 1 : You perasan tak tadi, bas kita hampir gelencos! nasib baik I tak rebass! Jika tidak …. cedera kita.
Insan 2 : Kenapa you baru royaks kat I, I serialah. Nak tanya, kat mana bas   kita nak gelencos tu?
Insan 1 : Tak silap I …..( sambil melihat ke arah cermin tepi ), I rasa dekat gerentaks tadi, tapi I tak berapa pasti gerentaks tu?
………
Insan 7 : Bo.. la dok kecek luarnyo, geli telingo aku! Nak tidur pun tokleh!
Insan 1 dan Insan 2 : Saaaadapp you!!….
Insan 7: auuuuuuuuuuuu……..
Lawak 8:
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran perkampungan orang asli….
Doktor: Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Ubin : …. pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor: Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Ubin: Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor: Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Ubin: pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor: Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Ubin: Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor: kenapa dengan sudu?
Ubin: (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor: ???????
Lawak 9:
Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..
Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?
Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.
Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!
Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!
Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga.
Cikgu: Murid-murid lain patut malu pada Ali.
Cikgu: Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa  macam mana?
Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!
Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!

1 comment: